puteriku sayang

puteriku sayang

Saturday, February 20, 2010

kawan atau lawan????


SAHABAT.... satu nama yang amat penting dalam hidup manusia. seseorang yang selalu ada dalam hidup kita... namun... tidak semua kawan kita adalah sahabat bagi diri kita...
bagitulah dalam hidup aku... kadangkala aku terfikir kenapa begitu.... bagi diriku... sahabat itu adalah seseorang yang selalu ada ketika kita susah mahupun senang.... mereka yang sanggup berkongsi apa sahaja dengan diri kita....
aku ada kawan tapi aku tidak tahu khabar dirinya.. maklumlah masing-masing membawa haluan sendiri.... kita hanya mampu mempunyai kawan tapi kita tidak tahu sama ada ianya mampu kekal lama atau pun tidak...
kewujudan seseorang dalam hidupku telah membawa banyak perubahan dalam diriku... walaupun usianya tua dariku.. caranya memahami telatah anak remaja seperti aku membuatkan aku berani bercerita segala masalah aku..... malah bila dia ada masalah, dia juga akan bercerita pada aku...
kawan-kawan adalah pembakar semangat bagi diriku... kejayaan seseorang itu berkait rapat dengan kawan.. faktor kawan amat penting dalam sesuatu perkara... salah pilih kawan kita akan merana seumur hidup.....
dunia sekarang banyak ujian dan cabaran dalam kehidupan seharian... lagi-lagi bagi remaja yang baru mengenali dunia...
bagi remaja.... ingatlah jika kita salah pilih kawan.... ape yang kita ada skrang ni akan memusnahkan masa depan kita... kita harus bangkit dan percaya pada diri kita bahawa kita mampu mengejar cita walaupun badai melanda.....
renungkanlah......