puteriku sayang

puteriku sayang

Tuesday, December 15, 2009

petua-petua pelajaran...


petua-petua mengulangkaji pelajaran ialah....
1) carilah tempat yang tenang dan sesuai dengan jiwa anda
2) sediakan semua keperluan yang diperlukan
3) duduk dalam keadaan tegak dan selesa
4) membaca doa penerang hati
5) membaca buku atau nota mengikut teknik yang betul
6) fikir dan ingat kembali isi utama
7) catat dan lakar semula isi tersebut
8) semak semula isi yang diingat
9) ulang sebut isi tersebut
10) membuat rumusan isi tersebut
11) jawab contoh-contoh soalan
12) tampal maklumat pada dinding
13) lastly baca doa tanda syukur selepas belajar.





bERfikIRlaH SecAra POsitIF


ALLAH jadikan kita ini berpasangan-pasangan... so... pilihlah yang terbaik untuk diri kita... sebelum kita membuat sebarang keputusan... fikirlah secara posifif..... bagi mereka yang bakal mendirikan rumahtangga... banyak-banyakkan la bersabar dalam segala tindak-tanduk.. jika berlaku sebarang perselisihan faham, bawalah berbincang di antara satu sama lain agar kekusutan dapat dileraikan... selain itu, banyak-banyaklah membaca Al-quran dan bersembahyang agar diri kita selalu mendapat nur hidayah dari YANG MAHA ESA... selain itu... berdoalah dengan bersungguh-sunnguh agar ALLAH memakbulkan doa kita...
setulus hati saya.. semoga kalian direstui dan diredhai ALLAH s.w.t...
jadilah suami isteri yang saling memahami antara satu sama lain.. bertolak-ansur dan menjalankan tanggungjawab yang diberikan ... jadilah contoh bagi generasi muda serta ibu dan ayah buat anak-anak yang dianugerahkan oleh ALLAH s.w.t.

sentiasalah bersikap positif dan optimis dalam kehidupan... jika hari ini anda berhadapan dengan kesusahan , percayalah ianya akan berakhir dan hari-hari yang mendatang akan membawa khabar gembira kepada mereka yang bersabar dalam mengharungi kehidupan seharian...


ape yang kita mahu???


Hidup??? Ape yang kita tahu tentang hidup???
Setiap khalifah ALLAH di muka bumi ini tidak kira lelaki mahupun perempuan mempunyai impian hidup tersendiri... ada yang mengejar kehidupan yang di redhai ALLAH... ada juga yang mengejar duniawi semata-mata... kehidupan kita umpama roda yang sedang yang sedang berputar... adakalanya kita berada di atas... dan adakalanya kita berada di bawah.. tidak semua yang kita impikan akn menjadi milik kita... kita tidak boleh mengaku kalah terutamanya bagi kaum hawa... kita perlu banyak bersabar menempuh segala ujian yang diberikan oleh ALLAH.. jadilah wanita muslimah yang sama-sama mengengam tangan dan mengoncang dunia seperti sumayyah yang tabah dengan segala dugaan hidup...


ciri-ciri pelajar cemerlang...

Bukan mudah untuk menjadi pelajar yang cemerlang dari semua segi... kebanyakkan mereka yang cemerlang dalam hidup bermula dari bawah... daripada kegagalan mereka bangkit untuk menjadi orang berjaya dalam hidup....

Antara ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang ialah....
1) sentiasa yakin pada diri sendiri
2) jangan mudah putus asa dan jangan cepat mengalah sebelum bertarung
3) bertanggungjawab
4) memberi tumpuan sepenuhnya dalam pelajaran
5) membuat persediaan awal sebelum menduduki peperiksaan
6) bersedia menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi
7) menyediakan jadual waktu belajar sendiri
8) menepati waktu belajar
9) sentiasa berdisiplin
10) menghormati guru dan ibu bapa
11) melakukan study group
12) sentiasa menyiapkan segala tugasan yang diberikan
13) sentiasa membaca surat khabar untuk mendapatkan input-input yang baru
14) menonton rancanagan yang berunsurkan pendidikan
15) menjaga keselamatan dan kesihatan diri
16) sembahyang lima waktu
17) berdoa dengan bersungguh-sungguh
18) bertawakal kepada allah...

" setiap kegiatan yang baik hendaklah diniatkan sebagai ibadah . Jangan mengeluh kerana ia menghilangkan kekuatan. Buanglah ego kerana ia adalah beban..."