puteriku sayang

puteriku sayang

Wednesday, December 16, 2009

cinta?????

cinta???
Jika kita tidak pupuk rasa cinta dalam diri kita.... kita belum tentu dapat mengenali diri kita sepenuhnya.... tanpa cinta, kita tidak dapat berjaya dalam hidup kita...
cinta mempunyai banyak makna....
antaranya cinta kepada allah yang maha agung .. cinta kepada para malaikat... cinta kepada ibu dan bapa kita... selain itu... cinta kepada ahli keluarga kita.. cinta kepada sahabat-sahabat kita... serta cinta kepada semua makhluk ciptaan Allah...
yang paling penting adalah cinta kepada diri kita sendiri....

cinta zaman sekarang terlalu berbeza dengan cinta dahulu...
kita sering terdengar ungkapan untuk menbuktikan kata cinta.. kata-kata tidak cukup tetapi harus dibuktikan...
itulah perbazaannya...

cinta seringkali dikatakan perlu pengorbanan tetapi ape yang kita tahu tentang pengorbanan..
pengorbanan yang bagaimana???? kita terutamanya kaum hawa jangan mudah keliru erti pengorbanan...
ramai yang keliru maksud pengorbanan sehingga sanggup menyerahkan segalanya... tidak harta mahupun maruah....

sedangkan cinta itu adalah anugerah yang paling agung yang diberikan Allah kepada kita khalifah yang sangat suci dan tidak terhingga nilainya... kenapa kita perlu merosakkan cinta untuk sesuatu yang didorong oleh nafsu??? saya akui... cinta memang perlu penngorbanan tetapi jangan sampai tergadai maruah diri... islam menebarkan rasa kasih dan sayang antara kaum adam dan hawa .. Al-quran ada menbicarakan tentang cinta.. cinta yang diredhai Allah adalah cinta yang berlandaskan Al-quran dan sunnah rasulullah...

" sebenarnya kebahagiaan itu ada dalam diri kita... maka janganlah kita mencarinya di tempat lain kecuali di dalam diri kita juga..."

petua-petua agar tidak lupa


ramai yang mengakui mereka mudah lupa apabila menghafal sesuatu perkara... terutamanya para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan penting...
terdapat beberapa petua agar tidak lupa ialah :

1) jangan makan kepala ikan
2) jangan makan organ dalaman
3) jangan minum semasa makan
4) jangan minum atau makan makanan yang sudah tercemar oleh semut
5) banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu, dan lain-lain
6) banyakkan makan kismis, kurma dan madu
7) banyakkan makan kekacang
8) pakai wangi-wangian ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
9) jangan makan sehingga terlalu kenyang

Tuesday, December 15, 2009

petua-petua pelajaran...


petua-petua mengulangkaji pelajaran ialah....
1) carilah tempat yang tenang dan sesuai dengan jiwa anda
2) sediakan semua keperluan yang diperlukan
3) duduk dalam keadaan tegak dan selesa
4) membaca doa penerang hati
5) membaca buku atau nota mengikut teknik yang betul
6) fikir dan ingat kembali isi utama
7) catat dan lakar semula isi tersebut
8) semak semula isi yang diingat
9) ulang sebut isi tersebut
10) membuat rumusan isi tersebut
11) jawab contoh-contoh soalan
12) tampal maklumat pada dinding
13) lastly baca doa tanda syukur selepas belajar.





bERfikIRlaH SecAra POsitIF


ALLAH jadikan kita ini berpasangan-pasangan... so... pilihlah yang terbaik untuk diri kita... sebelum kita membuat sebarang keputusan... fikirlah secara posifif..... bagi mereka yang bakal mendirikan rumahtangga... banyak-banyakkan la bersabar dalam segala tindak-tanduk.. jika berlaku sebarang perselisihan faham, bawalah berbincang di antara satu sama lain agar kekusutan dapat dileraikan... selain itu, banyak-banyaklah membaca Al-quran dan bersembahyang agar diri kita selalu mendapat nur hidayah dari YANG MAHA ESA... selain itu... berdoalah dengan bersungguh-sunnguh agar ALLAH memakbulkan doa kita...
setulus hati saya.. semoga kalian direstui dan diredhai ALLAH s.w.t...
jadilah suami isteri yang saling memahami antara satu sama lain.. bertolak-ansur dan menjalankan tanggungjawab yang diberikan ... jadilah contoh bagi generasi muda serta ibu dan ayah buat anak-anak yang dianugerahkan oleh ALLAH s.w.t.

sentiasalah bersikap positif dan optimis dalam kehidupan... jika hari ini anda berhadapan dengan kesusahan , percayalah ianya akan berakhir dan hari-hari yang mendatang akan membawa khabar gembira kepada mereka yang bersabar dalam mengharungi kehidupan seharian...


ape yang kita mahu???


Hidup??? Ape yang kita tahu tentang hidup???
Setiap khalifah ALLAH di muka bumi ini tidak kira lelaki mahupun perempuan mempunyai impian hidup tersendiri... ada yang mengejar kehidupan yang di redhai ALLAH... ada juga yang mengejar duniawi semata-mata... kehidupan kita umpama roda yang sedang yang sedang berputar... adakalanya kita berada di atas... dan adakalanya kita berada di bawah.. tidak semua yang kita impikan akn menjadi milik kita... kita tidak boleh mengaku kalah terutamanya bagi kaum hawa... kita perlu banyak bersabar menempuh segala ujian yang diberikan oleh ALLAH.. jadilah wanita muslimah yang sama-sama mengengam tangan dan mengoncang dunia seperti sumayyah yang tabah dengan segala dugaan hidup...


ciri-ciri pelajar cemerlang...

Bukan mudah untuk menjadi pelajar yang cemerlang dari semua segi... kebanyakkan mereka yang cemerlang dalam hidup bermula dari bawah... daripada kegagalan mereka bangkit untuk menjadi orang berjaya dalam hidup....

Antara ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang ialah....
1) sentiasa yakin pada diri sendiri
2) jangan mudah putus asa dan jangan cepat mengalah sebelum bertarung
3) bertanggungjawab
4) memberi tumpuan sepenuhnya dalam pelajaran
5) membuat persediaan awal sebelum menduduki peperiksaan
6) bersedia menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi
7) menyediakan jadual waktu belajar sendiri
8) menepati waktu belajar
9) sentiasa berdisiplin
10) menghormati guru dan ibu bapa
11) melakukan study group
12) sentiasa menyiapkan segala tugasan yang diberikan
13) sentiasa membaca surat khabar untuk mendapatkan input-input yang baru
14) menonton rancanagan yang berunsurkan pendidikan
15) menjaga keselamatan dan kesihatan diri
16) sembahyang lima waktu
17) berdoa dengan bersungguh-sungguh
18) bertawakal kepada allah...

" setiap kegiatan yang baik hendaklah diniatkan sebagai ibadah . Jangan mengeluh kerana ia menghilangkan kekuatan. Buanglah ego kerana ia adalah beban..."